Page 10 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 10
9. SEJARAH SEKOLAH:
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Pada tahun 1958 sebuah sekolah telah diusahakan sendiri oleh
penduduk kampung dan bekas murid Sekolah Kebangsaan Bukit
Jambul dipertanggungjawabkan sebagai seorang guru. Beliau,
Encik Abdul Aziz bin Abdul Rahman mendapat imbuhan hasil
pungutan yuran daripada setiap murid sebanyak Satu Ringgit
seorang berjumlah seramai 50 orang.
Bagaimana pun, sekolah hanya beroperasi selama 2 tahun dan
dibubarkan kerana tidak mendapat kelulusan dan kebenaran
pihak kerajaan. Namun atas kesungguhan penduduk kampong,
Encik Muhd bin Ismail dan Tuan Haji Muhd bin Umar sepakat
melantik Encik Wan Daud bin Muhd ( wakil rakyat Gong Tok
Nasek ) menjadi perantaraan perundingan mendesak pihak
kerajaan bagi tujuan mendaftar sebuah sekolah. Pada tahun 1962
pihak kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah yang diberi nama
Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek. Akhirnya pada 1 Julai 1963
telah dibuka dengan rasminya. Seramai 134 orang murid belajar
dalam Darjah Satu hingga Darjah Tiga.
10. LAGU SEKOLAH:
Usaha Tangga jaya
Tegak megahmu berdiri
Di pinggir kota di kelilingi desa
Demi anak warisan bangsa
Itulah SKGTN
Ke lurah sama dituruni
Mengorak langkah menjana ilmu
Baktimu tetap dihati
Menjadikan pewaris ilmu
SKGTN kaulah kandil
Mengisi kekosongan ilmu
SKGTN kaulah wadah
Membina keutuhan peribadi
Akan kami kotakan
Segala cita-citamu kami catat
Namamu dipersada ilmu
Itulah SKGTN
9