Page 4 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 4

2.  DARI MEJA GURU BESAR:
















                       Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam sejahtera,


                       Terlebih dahulu saya ingin mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan iradatNya kita dapat
                       sekali lagi bersama-sama kerja dalam satu pasukan bagi sesi persekolahan tahun 2019 ini.

                       Oleh  itu  saya  mengajak  tuan-tuan  dan  puan-puan  bersama  dengan  saya  dan  barisan  pengurusan  sekolah  untuk
                       mengangkat martabat pendidikan anak-anak kita selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

                       (PPPM) Pendidikan Abad ke 21 (PA21) ini. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, sistem pendidikan di negara
                       kita sekarang ini kian berkembang seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran kerja . Oleh itu kita
                       perlu gembelingkan tenaga bersama dalam satu wadah, insyaallah kita mampu melahirkan satu generasi insan kamil
                       yang holistik dan seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi.

                       Dengan ini diharapkan semua guru dan warga sekolah dapat terus meningkatkan kualiti diri serta mampu mendidik
                       anak bangsa ke arah melahirkan insan yang cemerlang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


                       Akhirnya  saya  mengucapkan  selamat  bertugas  kepada  semua  warga  sekolah  dan  ingatlah  kita  adalah  nakhoda
                       sebuah  bahtera.  Di  tangan  kitalah  arah  tuju  pelayaran  ini  samada  akan  sampai  ke  destinasi  atau  tersasar  dari
                       matlamat yang dituju.

                       Sekian, terima kasih.




                       IBRAHIM BIN AB.RAHMAN
                       Guru Besar.








                                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9