Page 50 - Final Slide KIK D-Eye 2016 - Kebangsaan
P. 50

PROGRAM 1STRATEGIC PARTNER COMMUNITY (1SPC)










       Penglibatan Kerajaan Negeri melalui Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan,
       Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan dan agensi-agensi lain dalam

       melaksanakan projek 1SPC ini dengan penuh komitmen dan secara meluas telah
       membuktikan bahawa gabungan agensi-agensi kerajaan dan orang awam mampu
       menyumbang kepada pembangunan Negara dalam apa jua keadaan. Jalinan

       kerjasama ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan rakyat dan
       kerajaan serta mengukuhkan keyakinan rakyat kepada kerajaan masa kini.

       Sumbangan AADK dalam melahirkan sebuah organisasi yang kreatif dan inovatif
       dapat direalisasikan dan diteruskan dengan adanya Anugerah Inovasi Perdana
       Menteri bagi tahun 2017.



       Projek NBOS 1SPC ini adalah menjadi salah satu instrumen penting sebagai

       agenda pembangunan Negeri Sembilan Moden selari dengan pelan strategik
       Pembangunan Negeri Moden tahun 2015 – 2045. Modul projek 1SPC ini juga
       akan diguna sebagai kaedah penyelesaian permasalahan memerangi dadah

       habis-habisan selari dengan pelan pembangunan ekonomi baru Negeri
       Sembilan iaitu diwilayah baru Malaysian Vision Valley (MVV) meliputi 2

       daerah di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson dan Seremban dan diletakkan
       dibawah perancangan pembangunan sosial masyarakat.


  1SPC                                                                                                                               50
   45   46   47   48   49   50