Page 7 - Buletin Suhakam EDISI-2
P. 7
INFO
Dalam kempen pilihan raya umum 1955, Parti Tinggi British. Di atas usaha gigih parti ini,
Perikatan telah menggunakan manifesto berikut Persekutuan Tanah Melayu berjaya memperoleh
iaitu mencapai kemerdekaan dalam masa kemerdekaan dalam tempoh dua tahun selepas
empat tahun, mewajibkan pendidikan kepada Perikatan memenangi pilihanraya Persekutuan
semua kaum, menjadikan perkhidmatan awam tersebut.
bercorak tempatan, menjaga hak asasi manusia Sumber Info: Jabatan Arkib Negara
serta melindungi hak Raja-Raja Melayu
sebagai Raja Berperlembagaan. Sesungguhnya
manifesto ini telah berjaya menawan hati
pengundi sehingga terbukti dengan kejayaan
Parti Perikatan memenangi hampir 100%
kerusi yang dipertandingkan.
Dengan kemenangan Parti Perikatan dalam
pilihanraya umum tersebut, YTM Tunku
Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin Parti
Perikatan telah dilantik sebagai Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Pada
31 Julai 1955, sebuah Jemaah Menteri telah
dibentuk dengan persetujuan Pesuruhjaya
Sumber: Utusan Malaysia
Barisan Jemaah Menteri pertama dibentuk pada tahun 1955 adalah terdiri daripada En. Abdul Aziz
bin Ishak (Menteri Pertanian), En. V.T. Sambanthan (Menteri Kesihatan), Dato Abdul Razak bin Dato
Hussain (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan), Tunku Abdul Rahman Putra (Perdana
Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar), Kol. Sir Henry H.S Lee (Menteri Kewangan); En. Sulaiman bin Dato
Abdul Rahman (Menteri Dalam Negeri dan Keadilan), En. Sardon bin Haji Jubir (Menteri Kerja Raya, Pos
dan Telekomunikasi), En. Ong Yoke Lin (Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat), En. Abdul Rahman
bin Haji Talib (Menteri Pengangkutan), En. Mohamad Khir Johari (Menteri Pelajaran), En. Tan Siew Sin
(Menteri Perdagangan dan Perusahaan), En. Bahaman bin Samsudin (Menteri Sumber Asli) dan Dr.
Ismail bin Dato’ Ab. Rahman (Menteri Tidak Berportfolio merangkap Wakil ke Pertubuhan-pertubuhan
Bangsa Bersatu).
Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/pilihanraya-umum-pertama-1955
BULETIN SUHAKAM | 2018 7