Page 19 - E-MAJALAH HIBURAN MELAMPAU KOMUNIKASI1_Neat
P. 19
Menurut Syeikh al-Qaradhawi , nyanyian yang disepakati haram
ialah nyanyian yang melibatkan maksiat atau mempunyai unsur
yang menganjak ke arah maksiat .Terdapat beberapa beberapa
unsur luaran yang tepalit hingga menyebabkan boleh berubah
haram dan makruh tahrim .
• Jika bertujuan untuk merehatkan jiwa , membantu untuk taat
kepada Allah SWT dan menyegarkan diri maka itu dikra
perbuatan yang baik .
• Gaya penyampain lagu hendaklah menjga batas-batas syarak
• Lirk tidak mengandungi unsur menyalahi akidah dan hukum-
hakam kewajipan islam
Menurut Syeikh Mahmud Syaltut ,syariat tidak diturunkan untuk
menyekat fitrah manusia yang sukakan keindahan dan kecantikan,
tapi Syariat datang untuk mengawal dan mengawasinya agar tidak
terjerumus ke dalam perkara-perkara yang jelek dan
memudaratkan. Tambah beliau lagi, alat muzik dan nyanyian tidak
diharamkan kerana zatnya sebagai alat muzik, tapi hanya jika ada
unsur maksiat yang dikaitkan dengannya, atau jika ia membawa
kepada gejala-gejala yang tidak bermoral. Jika muzik itu bebas
daripada sebarang unsur maksiat, maka adalah diharuskan untuk
mendengarnya, mempelajarinya dan menyertai acara-acara muzik.
(Rujuk Fatawa Mahmud Syaltut, hal. 385)
HIBURAN MELAMPAU PAGE 19