Page 76 - QFacts_IPGKampusIlmuKhas
P. 76
Kod Sinopsis
ELEKTIF TERAS
PSVK3013 Kursus ini meliputi konsep, matlamat dan objektif PSV. Penekanan utama diberi kepada kepentingan PSV dalam kehidupan
seharian. Kandungan kursus juga mencakupi pandangan dan sumbangan daripada tokoh serta pendidik seni, kesenian
pelbagai kraf dan budaya di Alam Melayu, Islam, Oriental (India, China,Jepun), dan Barat, konsep reka bentuk dan kraf serta
kepentingan PSV dalam era teknologi tinggi.
PSVK3023 Kursus ini memberi tumpuan kepada latar belakang teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh pendidik
dan pengkaji lukisan kanak-kanak, peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak,
kreativiti, estetika dan ekspresi visual, rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak, apresiasi hasil
seni 2-dimensi kanak-kanak dan apresiasi hasil seni 3-dimensi kanak-kanak.
PJMS3013 Kursus ini merangkumi konsep dan definisi kecergasan keseluruhan dan kecergasan fizikal serta kepentingan kecergasan
fizikal, komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan, komponen kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor, prinsip-
prinsip latihan kecergasan fizikal, kaedah-kaedah latihan kecergasan fizikal, jadual latihan kecergasan fizikal; periodisasi
latihan, pemakanan sukan, keselamatan dan kecederaan sukan.
PJMS3023 Kursus ini merangkumi kemahiran asas dalam olahraga, badminton dan sofbol dengan menekankan aspek pemerolehan
kemahiran, penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan pembelajaran motor. Aspek keselamatan diri dan peralatan dan
juga diperkenalkan
PISMP JUN-NOV 2017