Page 132 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 132

(Ambilan Jan 2013);  24 orang siswa guru Semester 3 (Ambilan Jun 2015) dan 29 orang siswa guru PISMP
               Semester  1  (Ambilan  Jun  2016)  dan  27  orang  siswa  guru  PPISMP  Semester  1  (Ambilan  Jun  2016).  Selain
               daripada  itu,  JPBI  juga  menyelaraskan  kursus  elektif  TESL  untuk  14  orang  siswa  guru  dari  jabatan  lain  di
               IPGKIK  dan  juga  kursus  Program  Pensiswazahan  Guru  (PPG)  yang  terdiri  daripada  seramai  11  siswa  guru
               Semester 7 (Amb Khas Mac 2014) yang telah tamat pengajian pada konvokesyen tahun 2016.

               Pada tahun 2016, JPBI telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti yang berkolaborasi dengan pihak luar
               dan juga dengan jabatan lain di IPGKIK. JPBI telah berkolaborasi dengan Queensland University of Technology
               (QUT), bagi menganjurkan program Outward Mobility Program: Intercultural Competence for Student Teachers –
               Language,  Culture  and  History  Education  in  Malaysia  yang  berlangsung  dari  20hb  September  hingga  30hb
               September  2016.  Aktiviti  Teater  Musikal  yang  bertajuk  “What  happened  after  once  upon  a  time?”  telah
               dilaksanakan  dengan  jayanya  pada  30  Julai  2016.  Program  ini  adalah  kolaborasi  tiga  jabatan  iaitu  Jabatan
               Pengkhususan Bahasa Inggeris, Jabatan Pendidikan Muzik dan Jabatan Pendidikan Khas.


               2.0     LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI

               2.1     Outward Mobility Program: Intercultural Competence for Student Teachers – Language,
                       Culture and History Education in Malaysia

                       Outward Mobility Program (OMP) adalah anjuran IPGKIK dan Queensland University of Technology
               (QUT).  Program  ini  telah  dilaksanakan  dengan  jayanya  pada  20  September  hingga  30  September  2016.
               Sasaran  untuk  program  ini  merangkumi  10  orang  pelajar  CRB  (History  Curriculum  Studies)  yang  masih
               melanjutkan pengajian pada Semester 2, 2016 di QUT. Seramai 18 siswa guru IPGKIK dan pensyarah dari
               Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Muzik dan  Jabatan
               Pengajian  Sosial  dan  juga  Jabatan  Ilmu  Pendidikan  turut  bersama  dalam  menjayakan  program  tersebut.
               Penglibatan merangkumi guru-guru sekolah dan pelajar SK Seri Bintang Utara, SJK (C)Tsun Jin, SJK (T) Kg
               Pandan, SK Jalan Kuantan (2) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil and Premier College, Kuala Lumpur.


                       Program  ini  memberi  impak  kepada  pelajar  QUT  kerana  program  tersebut  membolehkan  mereka
               mencetus  kesedaran  intelek  mengenai  sistem  pendidikan  di  Malaysia  khususnya  dalam  pengajaran  dan
               pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Di samping itu program ini juga membina insan guru
               yang  celik  literasi  Asia  agar  lebih  empati  terhadap  budaya  lain  serta  membentuk  perspektif  global  untuk
               berinovasi,  menyesuaikan  diri  dan  bekerja  dalam  situasi  pelbagai  budaya.  Selain  itu,  program  ini  telah
               memperluas peluang pengalaman antarabangsa bagi pelajar IPGKIK dengan membina keyakinan kendiri yang
               tinggi khususnya dalam menghargai kelebihan penguasaan Bahasa Inggeris serta menjadi guru siswazah yang
               berperspektif global dengan kemahiran insaniah dan kepakaran silang budaya. Melalui program mobiliti ini pihak
               IPGKIK  dapat  memperkukuh  rangkaian  dua  hala  dan  perkongsian  yang  telah  terjalin  dengan  QUT  serta
               memberi potensi leverage untuk projek-projek antarabangsa.



























                                                           132
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137