Page 6 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 6

KATA ALU-ALUAN TUAN PENGARAH






                           Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

               Tahun  2016  telah  memperlihatkan  pelaksanaan  dan  kejayaan  beberapa  inisiatif  strategi  yang  menekankan
               kecemerlangan  pengajaran  dan  pembelajaran,  kecemerlangan  penyelidikan,  pembangunan  dan  inovasi,
               kecemerlangan  pembelajaran  sepanjang  hayat,  keunggulan  profil  IPGKIK,  menyebar  luas  jalinan  global  dan
               kolaboratif,  memperkukuh  tadbir  urus  dan  kepimpinan  berkesan,  perkhidmatan  berkualiti  dan  infrastruktur
               berkualiti.

               Tahun  2016  telah  banyak  mencatatkan  kejayaan  manis  buat  IPGKIK.  Pencapaian  cemerlang  dalam  bidang
               akademik, kokurikulum dan kegiatan lain sama ada oleh para pensyarah dan siswa guru ini perlu dikekalkan dan
               dipertingkatkan.  Dalam  pertandingan  DeTIK  2016  kampus  kita  telah  menjadi  naib  juara.  Begitu  juga  dalam
               pertandingan  inovasi  kita  telah  sampai  sehingga  ke  peringkat  antarabangsa  di  Geneva.  IPGKIK  juga  telah
               dipertanggungjawabkan  oleh  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  untuk  melaksanakan  projek-projek  seperti
               memperkasa  Pusat  Kecemerlangan  Kemahiran  Berfikir,  Pedagogi  Inklusif,  Sekolah  Henry  Gurney,  Sekolah
               Integriti, Sekolah Jalinan Kasih dan Teaching School. Sehingga kini projek-projek khas ini telah menunjukkan
               kemajuan  dan  pencapaian  yang  cukup  membanggakan.  Kejayaan  ini  tidak  mungkin  dapat  dicapai  jika  tiada
               kerjasama dan bekerja dalam satu pasukan dalam kalangan warga IPGKIK. Kejayaan ini secara tidak langsung
               telah meningkatkan profil IPGKIK. IPGKIK telah menerima banyak lawatan  delegasi luar yang ingin mewujudkan
               kolaboratif dalam bidang  pendidikan, seminar, penyelidikan dan benchmarking tentang
               program pensiswazahan guru. Untuk tahun ini, IPGKIK telah menerima delegasi
               dari Bangladesh, Universiti Pasundan Indonesia, Universiti Pendidikan Indonesia,
               Bandung dan Universiti Pendidikan Indonesia kampus Tasikmalaya, Indonesia.

               Laporan Tahun 2016 ini juga telah melaporkan aktiviti dan kejayaan yang dicapai
               oleh  setiap  jabatan,  unit  dan  Jawatankuasa  Perwakilan  Pelajar  (JPP).  Saya
               berharap  pencapaian  setiap  jabatan  dan  unit  ini  akan  dapat  dipertingkat  dan
               ditambah baik pada masa akan datang.
               Setinggi-tinggi  tahniah  kepada  Jawatankuasa  Laporan  Tahunan  atas  usaha  dan
               komitmen dalam menerbitkan Laporan Tahunan 2016 ini. Laporan ini juga diharap
               menjadi satu sumber dokumentasi dan rujukan kepada semua pihak. Segala
               kejayaan  dan  pencapaian  yang  telah  dicapai  tahun  2016  adalah
               satu manifestasi kepada gandingan dan kerjasama berpanjangan
               warga IPGKIK keseluruhannya.

               Sekian, terima kasih.



               Dr. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
               Pengarah










                                                            6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11