Page 117 - ManualPengurusan_7Jul2017
P. 117
JAWATANKUASA TERAS 3
GOVERNAN
9. 16 MAJLIS BERSAMA JABATAN
BIDANG TUGAS
1. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) berperanan untuk memantapkan lagi jentera perhubungan majikan-pekerja
dalam organisasi.
2. Melaksanakan mesyuarat sebanyak sekali dalam tempoh tiga bulan, iaitu empat kali setahun.
3. Mempertingkatkan kerjasama yang menyeluruh di antara pihak pegawai dan pihak pekerja dengan memberi
peluang untuk mengemukakan pendapat dan mengambil bahagian secara aktif dalam membincang dan
menyelesaikan isu berkaitan sistem kerja, urusan pentadbiran, kebajikan pekerja dan perjalanan organisasi di
kementerian, jabatan atau pejabat berkenaan.
4. Berkongsi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat
perkhidmatan bagi pekerja-pekerja tentang perkara-perkara am dan bukan perkara-perkara yang melibatkan
pekerja individu.
5. Membolehkan pihak pegawai mengemukakan sebarang cadangan perubahan atau makluman mengenai
perkembangan-perkembangan baru untuk mendapat ulasan dan pandangan pihak pekerja sebelum dibawa
untuk keputusan Kerajaan.
JAWATANKUASA
Pengerusi Pengarah
Timbalan Pengerusi Timbalan Pengarah
Setiausaha Pn. Lailati binti Mohd Noh
Ahli Jawatankuasa Wakil Pengurusan Setiausaha Akademik ll
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Ketua Unit Kokurikulum
Ketua Unit Praktikum
Penolong Akauntan
Wakil Profesional En. Ahmad Subki bin Miskon
En. Mah Kok Heng
April 2017 108