Page 123 - ManualPengurusan_7Jul2017
P. 123
9. 20 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH
KERAJAAN (JKPAK)
BIDANG TUGAS
1. Merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek pengurusan aset alih Kerajaan.
2. Bermesyuarat setiap tiga (3) bulan sekali selepas tamat tempoh sesuatu suku tahun seperti Jadual berikut:-
SUKU TAHUN TARIKH MESYUARAT
PERTAMA APRIL – MEI
KEDUA JULAI – OGOS
KETIGA OKTOBER – NOVEMBER
3. Mengenal pasti masalah pengurusan aset dan stor di dalam Jabatan / Unit di IPG Kampus Ilmu Khas dan
membincangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil untuk mengatasi isu-isu yang timbul.
4. Memastikan pengurusan aset dan stok di dalam Jabatan / Unit di IPG Kampus Ilmu Khas diuruskan mengikut
Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan, seperti yang digariskan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP),
Perbendaharaan Malaysia.
5. Menyemak dan memastikan semua harta modal / inventori telah didaftar dan dilabelkan.
6. Membuat pemeriksaan secara berkala ke atas semua harta modal / inventori yang sedia ada.
7. Membuat penyesuaian stok fizikal dengan baki-baki lejar atau kad kawalan stok.
8. Mengenal pasti peralatan dan lain-lain aset (harta modal dan inventori) yang memerlukan penyelenggaraan
9. Mengemukakan senarai peralatan dan lain-lain aset (harta modal dan inventori) yang tidak boleh digunakan
dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
10. Melaporkan apa-apa barang had tempoh atau bertarikh luput yang tidak berguna lagi bagi stor.
11. Menyenaraikan semua peralatan dan lain-lain aset (harta modal dan inventori) yang perlu untuk dilupuskan /
dihapuskira.
12. Melaporkan sekiranya terdapat apa-apa kehilangan aset kerajaan kepada Ketua Jabatan dengan serta-merta.
13. Menyelaras penyediaan Laporan berikut:-
i. Kedudukan semasa Harta Modal / Inventori dan Stok;
ii. Pemeriksaan Harta Modal / Inventori dan Stok;
iii. Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset Alih Kerajaan;
iv. Kehilangan dan Hapuskira;
v. Tindakan Surcaj / Tatatertib; dan
vi. Masalah-masalah berkaitan dengan pengurusan aset alih dan stor.
April 2017 114