Page 3 - Buku_Program_Majlis_Apresiasi_Kecemerlangan (2)
P. 3
3
SEKAPUR SIREH
Sekapur sireh, seulas pinang, secubit gambir
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan
Muhammad SAW. Salam sejahtera kepada semua warga SKAC, para ibu bapa dan pelajar
sekalian. May peace be upon you.
Tahniah kerana berjaya menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Sememangnya
anda hebat dan semoga kecemerlangan yang dicapai akan menjadi pendorong semangat
untuk ke tahap yang lebih baik lagi. Semoga pencapaian ini tidak berakhir di sini. Teruskan
dengan pencapaian yang lebih tinggi agar dapat memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.
Pada hari ini, kita dapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Selari
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang berfokus kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Kita perlu memikirkan inovasi dasar dan strategi ampuh dalam merealisasikan cita-cita tersebut. Kita juga perlu
melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem pendidikan. Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
perlu bersedia menerima dan melaksanakan tanggungjawab ini. Tiada lagi zon selesa untuk kita, tiada lagi subsidi
untuk ditaja dan semua pihak perlu bekerjasama antara satu sama lain.
Sehubungan itu, saya ingin mengajak semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan komuniti untuk bersama-sama
berganding bahu menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perubahan di sekolah ini. Kita perlu sedar bahawa
sistem pendidikan sentiasa dinamik dan progresif. Maka, kita perlu sentiaasa bersedia untuk melalui proses
perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.
Teruskan usaha membuka pintu-pintu kejayaan dan teruskan impian untuk mencapai bintang kerana dunia pada
masa kini umpama tiada sempadan. Kita perlu berani melangkah dan meneroka bidang baharu yang berbeza serta
mencipta peluang-peluang kejayaan. Jangan anda sendiri meletakkan garisan penamat sebelum sampai ke
penghujungnya.
Sesungguhnya sambutan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar pada hari ini adalah selari dengan matlamat
memberi dorongan dan motivasi kepada para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam
semua bidang. Harapan saya semoga program ini dapat mendorong pelajar agar lebih cemerlang bukan sahaja
kepada mereka yang sedia cemerlang tetapi juga kepada mereka yang kurang cemerlang.
Terbang lebah di hujung bendang Jambu batu buah pedada
Hinggap di dahan membuat sarang Tepi sungai si pokok sena
Cantiknya rupa dapat di pandang Jika ilmu tiada di dada
Tiada ilmu di hamba orang Orang maju kita merana
Wabillahi taufik walhidayah. Wassalammualaikum warahmahtullah.
Sekian, terima kasih.
Siti Hajar binti Hashim
Guru Besar
SK Assunta Convent,
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
3