Page 6 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 6
menduduki sesuatu kawasan pada sesuatu ketika. Komuniti pula dua atau lebih populasi
daripada dua organisma berbeza yang hidup dan mampu menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Ekosistem ialah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam satu
komuniti dengan komuniti yang lain dan juga dengan persekitaran. Biosfera pula keseluruhan
zon bumi, air dan atmosfera yang wujudnya hidupan. Kesemua ini saling bergantung dan
bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan ekosistem alam sentiasa seimbang dan
dapat memenuhi keperluan organisma yang ada di muka bumi. Saling kebergantungan ini
contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-perumah. Selain itu, biota ini juga
turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan kimia di sekeliling.
PEMBOLEH UBAH :
Dimanipulasi : Jenis tanah
Bergerak balas : Bilangan dan jenis makrofauna
Dimalarkan : Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna, isipadu tanah
BAHAN DAN ALAT RADAS
Sampel tanah A dan B, plastik, air, botol air, Kaki retort, Bikar, Lampu, Kain kasa, piring petri,
forseps, salid kaca, dan mikroskop.
PROSEDUR
1. Dua sampel tanah iaitu tanaman hitam di kawasan asrama lelaki & dan tanah kedua
ialah tanah berpasir dari dua kawasan yang berlainan diambil.
2. Tanah itu telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuh
tumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza.
3. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik
dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat,
kaedah tanah direkodkan di dalam jadual.
4. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam jadual.
5. Dua botol dipotong kepada dua bahagian. Botol dicantumkan, bahagian atas yang
mempunyai penutup diterbalikkan dan dimasukkan ke bahagian dalam.
6. Air dimasukan ke dalam dua bikar dan diletakkan di bahagian dalam-bawah dua botol
yang dicantumkan.
7. Kain kasa diletakkan di bahagian dalam botol berlubang sebelah atas.
6