Page 11 - E-FOLIO HIBURAN MELAMPAU JUN 2019
P. 11

KESIMPULAN








                     Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata, “petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu

               dapat dilihat apabila bangsa tersebut mencintai hiburan”. Kata-kata tersebut memberi amaran
               bahawa, sesiapa jua terutama remaja haruslah berwaspada dengan hiburan yang keterlaluan

               kerana sikap seumpama itu boleh mendedahkan bangsa tersebut kepada kemusnahan.

                     Semua remaja dan belia negara mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing

               untuk menjanakan pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

               Pemusa-pemudi  negara  merupakan  tunjang  yang  bakal  menerajui  kepimpinan  negara  kita
               haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja dan belia yang berkualiti

               akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika mereka tidak diasuh, dibimbing dan dididik

               dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan
               tidak dapat menjadi realiti.


                      Oleh  itu,  generasi  yang  merupakan  aset  negara  ini  perlu  terjaga  daripada  lena  dan
               keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri

               sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri
               dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di

               seantero dunia


























                                                                                                       10
   6   7   8   9   10   11   12   13