Page 10 - Modul Pembelajaran MPED Tingkatan 4
P. 10
PENGENALAN
Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini dibangunkan berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) Menservis Peralatan Elektrik Domestik bertujuan
membantu guru merancang pedagogi di dalam bilik darjah dengan lebih
mudah dan berkesan. Modul PdP ini hanya sebagai cadangan dan guru
boleh merancang sendiri atau mengubahsuai strategi PdP mengikut tahap
penguasaan murid di sekolah masing-masing.
Guru perlu merancang PdP mengikut Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi dengan menggunakan pelbagai aktiviti
menarik dalam sesi Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) antaranya ialah
lawatan industri, ujikaji di bengkel, temubual bersama pakar, kerjasama
dengan industri dan pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Guru juga boleh
menggunakan cadangan aktiviti yang terdapat di dalam Modul PdP KSSM
MPV Menservis Peralatan Elektrik Domestik.
Justeru itu, adalah diharapkan hasrat yang terkandung dalam kurikulum
Menservis Peralatan Elektrik Domestik dapat difahami dan dilaksanakan
dengan baik oleh guru dengan menggunakan Modul Menservis Peralatan
Elektrik Domestik.
Sesi PdP yang terancang perlu dilaksanakan bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai. Pelaksanaan PdP yang menarik dan berkesan dapat
menyediakan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, serta
mempunyai nilai dan etika profesional. Selain daripada itu, PdP yang
terancang juga dapat melahirkan murid yang mampu menjana idea kreatif
dan inovasi, bijak membuat keputusan serta berdaya saing untuk
menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara ke arah Revolusi
Industri ke-4 (IR4.0).
viii