Page 374 - Modul Pembelajaran MPED Tingkatan 4
P. 374
GLOSARI
Alat Pemateri Alat yang digunakan untuk memanaskan pateri supaya dapat menyambungkan dua litar
atau dua logam
Anod Elektrod (positif) yang menerima elektron
Arus Terus Arus yang mengalir pada satu arah sahaja
Arus Ulang Alik Arus yang sentiasa berubah-ubah arah alirannya mengikut masa
Bekalan Kuasa AT Litar elektrik yang berfungsi menyalurkan kuasa elektrik kepada litar komputer
Bekalan Kuasa AU Litar elektrik yang berfungsi menyalurkan kuasa elektrik AU kepada litar komputer
Belitan Sekunder Belitan gegelung yang disambung ke beban
Cerek Elektrik Bekas air yang bertutup, bertangkai dan bermuncung untuk menjerang air dengan
menggunakan kuasa elektrik
Diod Komponen yang dibina hasil daripada cantuman bahan P dan bahan N
Farad Unit asas bagi kapasitor
Fius Katrij Fius berbentuk katrij
Gambar Rajah Blok Gambar rajah grafik berupa segi empat atau bulatan untuk mewakili fungsi sesuatu sistem
Gambar Rajah Terburai Gambar bahagian-bahagian perkakas yang diceraikan untuk memudahkan kerja baik pulih
dan sebagainya
Geganti Suis Elektromagnet yang menukarkan kedudukan sesentuhnya apabila arus elektrik
Kabel Mudah Lentur Kabel yang boleh dilentur untuk sambungan bekalan ke peralatan mudah alih atau pegun
Katod Elektrod (negatif) yang mengeluarkan elektron
Ketuhar Elektrik Ketuhar yang menggunakan kuasa elektrik
Komponen Peranti atau bahagian yang berfungsi dalam pemasangan
Litar Selari Suatu Litar yang nilai susut voltannya sama pada setiap beban
Litar Siri Suatu litar nilai aliran arusnya sama pada setiap beban
Mentol Neon Lampu yang diisi dengan gas neon
Meter Kilo Watt Jam ( 1 Meter yang mencatatkan tenaga elektrik (watt/jam) yang digunakan dalam sesuatu tempoh
Fasa)
Meter Pelbagai Meter yang dapat mengukur Arus, Voltan, Rintangan dan menguji beberapa komponen
elektronik
Palam Peranti yang dilekatkan pada suatu dawai elektrik yang boleh disisipkan ke dalam soket
untuk mengwujudkan sambungan elektrik
Pemutus Litar Miniatur Pemutus litar bersaiz kecil untuk menggantikan fungsi fius
(MCB)
Penyedut Pateri Alat untuk menyedut keluar timah cair semasa pematerian
Perintang Suatu komponen yang berupaya mengehadkan pengaliran arus
Periuk Nasi Elektrik Periuk untuk memasak nasi dengan menggunakan kuasa elektrik
Pincang Hadapan Kendalian diod ketika anod disambung pada kutub positif dan katod pada kutub negatif
Rintangan Sifat sesuatu pengalir yang mengehadkan pengaliran arus
Seterika Elektrik Alat untuk mengosok pakaian dan bahan-bahan lain dengan menggunakan kuasa elektrik
Suis Pemilih Julat Bahagian yang menentukan had maksimum yang dikehendaki
ix