Page 6 - Transformasi Praktikum IPG
P. 6
KATA ALUAN
REKTOR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya Buku Konsep Transformasi Praktikum IPG
bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah berjaya dihasilkan. Sekalung
tahniah dan syabas saya ucapkan kepada ahli panel yang terlibat atas kejayaan
menerbitkan buku konsep ini. Bagi pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
sumbangan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Buku Konsep Transformasi Praktikum IPG ini dihasilkan untuk memastikan transformasi
praktikum IPG difahami dan dapat dilaksanakan secara seragam di semua kampus IPG.
Transformasi Praktikum IPG akan berkuat kuasa mulai Jun 2019. Buku Konsep
Transformasi Praktikum IPG ini juga menjelaskan beberapa konsep tentang praktikum
bertema, permentoran berstruktur dan e-praktikum.
Melalui penelitian saya, kandungan yang dibincangkan dalam buku ini mampu memberikan
kefahaman kepada pensyarah penyelia dan guru pembimbing terhadap beberapa aspek
transformasi dalam praktikum, berbanding dengan amalan praktikum yang dilaksanakan
sebelum ini. Panel penggubal telah berjaya menjelaskan dengan terperinci beberapa
konsep yang terdapat dalam praktikum bertema. Di samping itu juga buku ini telah
menghuraikan konsep permentoran berstruktur yang menjadi asas kepada pelaksanaan
bimbingan kepada pelajar semasa mereka menjalani praktikum. Seterusnya panel penulis
juga telah menjelaskan satu lagi elemen dalam transformasi praktikum IPG dengan adanya
pelaksanaan e-Praktikum.
Diharapkan dengan adanya buku konsep transformasi praktikum ini, akan dapat membantu
pensyarah dan guru pembimbing dalam mempertingkatkan kualiti bimbingan yang diberikan
kepada pelajar dengan penerapan strategi, pendekatan dan teknik yang bercirikan
pendidikan abad ke-21. Akhir kata, diharapkan agar Buku Transformasi Praktikum ini dapat
dijadikan rujukan oleh pelajar, pensyarah, guru pembimbing, pengurus sekolah, dan semua
pihak yang terlibat dalam program pendidikan guru ke arah memantapkan lagi sistem
pendidikan sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.
Sekian, salam hormat dan selamat maju jaya.
Dr. Rusmini Binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
vii
v