Page 31 - Laporan Tahunan ISM
P. 31

PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS SEHINGGA DISEMBER 2021

                Prestasi perbelanjaan mengurus di bawah DSA sehingga 31 Disember 2021 ISM berdasarkan laporan
                Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) @ iGFMAS adalah sebanyak RM7,122,004.22 atau 99.06%
                daripada jumlah peruntukan kemas kini berjumlah RM7,189,417.40.

                AKAUN AMANAH ISM

                Akaun Amanah ISM ditubuhkan pada 17 Mac 2003. Akaun Amanah ISM telah ditubuhkan bagi
                melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan peserta kursus ISM. Pada tahun 2021, sumber
                kewangan utama bagi akaun amanah ini diperolehi daripada 50% hasil daripada sewaan premis ISM,
                bayaran pendaftaran kursus daripada peserta kursus dan faedah daripada simpanan tetap di bank.

                Pada 1 Januari 2021, baki awal Akaun Amanah ISM merekodkan sebanyak RM179,353.86 . Jumlah
                keseluruhan terimaan adalah sebanyak RM36,540.00 dan jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah
                sebanyak RM69,700.00.

                Baki Akaun Amanah ISM pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM146,193.86 di mana jumlah ini
                termasuk RM100,000.00 simpanan tetap (Fixed Deposit) yang ditadbir oleh JANM.






































                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2021  INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)  30
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36