Page 52 - PANDUAN KERJA PROJEK KSSM ASK_2
P. 52
KERJA PROJEK KSSM ASK TINGKATAN 3 (KPKAT3)
Lampiran 12
Arahan Kepada Murid
a) KPKAT3 ini wajib dilaksanakan oleh murid PT3 tahun semasa dalam tempoh
Mac hingga Ogos.
b) Laporan KPKAT3 hendaklah dalam bentuk salinan lembut (softcopy) atau
salinan keras (hardcopy) dan proses penulisan laporan dilaksanakan dalam
enam waktu PdP di sekolah serta mendapat bimbingan guru.
c) Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dibuat di luar waktu PdP.
d) Membawa Surat Kebenaran untuk Melawat atau Menemuramah dan
Mendapatkan Bahan Sumber serta Surat Akuan Diri Murid sekiranya perlu
mendapatkan maklumat tambahan semasa menjalankan KPKAT3.
e) Menjalankan penyelidikan projek dan pembentangan KPKAT3 secara individu.
f) Melaksanakan KPKAT3 mengikut prosedur kerja yang betul dan penulisan
dokumentasi KPKAT3 mengikut format penulisan yang ditetapkan.
g) Murid hendaklah menghasilkan laporan KPKAT3 sendiri berdasarkan tema atau
tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah.
h) Penulisan dokumentasi KPKAT3 murid perlu mematuhi aspek tatabahasa.
i) Masa pembentangan KPKAT3 ialah antara 3-5 minit bagi setiap murid.
j) Pentaksiran/ penilaian proses kerja murid dilakukan sepanjang masa kerja projek
dilaksanakan.
k) Memperakukan kerja projek dengan menandatangani perakuan murid pada
muka hadapan kerja projek.
37