Page 28 - PIBGkali462019
P. 28
SARANA IBU BAPA
PENGLIBATAN IBU BAPA
INISIATIF #62
PELUASAN PELAKSANAAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN
KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH SUATU INISIATIF UTAMA
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013-2025.
Sokongan ibu bapa terhadap sekolah dan pelibatan mereka dalam pembelajaran sangat
penting untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Penglibatan ibu
bapa dapat diperlihatkan melalui pelbagai cara termasuklah dari segi sumbangan idea dan
sokongan terhadap pendidikan. Walau bagaimanapun, penglibatan ibu bapa bukanlah ber-
makna mereka perlu terlibat secara langsung dalam sesi pembelajaran anak-anak. Mereka
boleh menyumbang bantuan dari aspek sokongan dan kepakaran bagi keberkesanan proses
pembelajaran di dalam dan di luar kelas.
28