Page 2 - LP TEAM BUILDING - SMK TTDI JAYA SHAH ALAM
P. 2
KERTAS KERJA
LATIHAN PERSONAL - TEAM BUILDING & TEAM WORK 2019 SMK TTDI JAYA
1.0 PENDAHULUAN
Latihan Personal - Team Building & Team Work 2019 anjuran unit Kokurikulum dan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK TTDI Jaya ialah satu program yang membolehkan dan
menggalakkan guru-guru serta kakitangan SMK TTDI Jaya melakukan aktiviti riadah di
samping meningkatkan lagi ikatan silaturahim dan menjalinkan hubungan baik dengan
masyarakat luar. LP berbentuk team building & team work seperti ini dapat menambah daya
kerjasama, kesepakatan dan toleransi antara ahli dan akan disusun mengikut beberapa mod.
Kolaborasi yang terhasil akan meningkatkan jati diri, kewibawaan kepimpinan dan karisma
peserta.
2.0 RASIONAL
Latihan Personal - Team Building & Team Work 2019 ini menggariskan matlamat sebagai
medium untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan menjalinkan hubungan baik dengan
masyarakat luar.
3.0 MATLAMAT
Di antara matlamat utama program ialah:
3.1 Meningkatkan tahap keyakinan diri bagi setiap peserta.
3.2 Menambah pengetahuan am kepada para peserta.
3.3 Memupuk sifat suka bekerjasama antara setiap ahli kumpulan.
4.0 OBJEKTIF
Program Latihan Personal ini mempunyai objektif seperti berikut:
1.1 Memberi peluang peserta mengaplikasikan kemahiran sedia ada dalam bentuk
persaingan yang sihat.
1.2 Memberi motivasi kepada semua guru dan staf untuk melibatkan diri dalam kegiatan
riadah.
1.3 Mewujudkan dan memupuk semangat persaingan yang sihat dan kerjasama
sepasukan.
1.4 Mengeratkan silaturahim antara warga SMK TTDI Jaya.
2