Page 12 - Buletin Alumni Edisi 3/2018
P. 12
12 BULETIN ALUMNI
Lawatan Penanda Aras ke Pusat Alumni UMT dan
UniSZA
Oleh Norfazila Aron
Skim Pelajar, Pusat Alumni
norfazilamimie94@gmail.com
Kuala Terengganu - Program
lawatan Penanda Aras ke Pusat
Alumni Universti Malaysia
Terengganu dan Universiti
Sultan Zainal Abidin Kuala
Terengganu telah dijalankan
pada 25hb dan 26hb Oktober
2018. Seramai lapan orang
kakitangan Pusat Alumni
UPSI telah mengikuti program
tersebut. Objektif program
lawatan ini adalah supaya
Pusat Alumni UPSI dapat
berkongsi pengalaman dan
kaedah pengurusan daripada
Pusat Alumni itu sendiri. Malah,
lawatan ini dapat mempelajari
kaedah pengumpulan data
Alumni. Majlis ini telah
dijalankan secara semi formal
yang bertempat Pusat Alumni
Uniza dan Pusat Alumni UMT
itu sendiri.
Aktiviti yang dijalankan
sepanjang lawatan itu
berlangsung, pihak UMT
serta UniSZA juga turut
membentangkan KPI mereka
mengikut alumni universiti
masing-masing. Pada masa
yang sama, Pusat Alumni UPSI
juga turut membentangkan KPI
itu sendiri bagi memperlihatkan
proses perkembangan pusat
Alumni UPSI itu bergerak dalam
mengumpulkan maklumat
alumni ataupun dikenali sebagai
Anak Kandung Suluh Budiman.
BUL ETI N BIL 6 Edisi 2 MEI - OGOS 2018
BULETIN PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI