Page 3 - Buletin Alumni Edisi 3/2018
P. 3
Dari Meja Ketua Editor
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Kita bakal meninggalkan tahun 2018 tidak lama lagi. Melalui buletin ini serba sedikit kami ingin
kongsikan beberapa program yang telah dijalankan untuk menjadikan satu kenangan manis
untuk para pembaca sekalian. Disamping itu kita perlu mengorak langkah dan merencanakan
perancangan baharu yang lebih baik untuk tahun baharu yang bakal menjelang beberapa
hari lagi.
Tahun silih berganti, ini menunjukkan semakin lama semakin bertambah dan lebih ramai lagi
keahlian Alumni UPSI dan tahun ini jumlah keahlian untuk Alumni era UPSI sahaja mencecah
86 ribu orang tanpa mengambil bilangan alumni era SITC, MPSI dan IPSI. Melalui rekod
dan jejak Alumni yang diusahakan oleh Pusat Alumni ramai dari kalangan Alumni UPSI telah
berjaya dan mencapai pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang dan bukannya dalam bidang
perguruan sahaja. Saya ingin berkongsi satu program yang sedang kami usahakan iaitu
Alumni Berbakti. Melalui program ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan dari ahli yang
telah berjaya dalam kerjaya untuk memberikan sumbangan kepada kami untuk disalurkan Dr. Mohd Izwan Shahril
semula kepada pelajar baharu yang sedang belajar di UPSI. Pada Istiadat Konvokesyen merupakan Pengarah Pusat Alumni.
yang lalu satu tabung ALUMNI CARE telah dilancarkan oleh Ahli LPU yang juga merupakan Selain daripada itu beliau juga
Alumni UPSI iaitu Dr Sani Araby. Melalui tabung ini ahli boleh menyumbang dengan mudah merupakan pensyarah DS52 di Fakulti
dan beroleh pengecualian cukai melalui dalam talian. Link sumbangan tersebut ialah: https:// Sains Sukan dan Kejurulatihan
epayment.upsi.edu.my/onlinesedekah/.
Semoga dengan sumbangan oleh ahli bukan sahaja membantu pelajar baharu tetapi dalam
masa yang sama menjadi bekalan yang baik untuk menuju kehidupan abadi suatu hari nanti.
Kita jumpa lagi dikeluaran akan datang.
Sekian, wassalam.
Kandungan
4 Majlis Ramah Mesra bersama Alumni
Chapter Terengganu
Pertemuan hampir dua jam ini berlangsung dalam suasana yang sangat
harmoni
7 Malam Apresiasi Alumni 2.0
Pusat Alumni telah melancarkan tabung Alumni Care oleh (Dr) Ahmad
Sani Araby, Ahli lembaga Pengarah UPS
>>hlmn 4 9 Penyerahan Cenderamata Alumni
Penyerahan cenderamata ini telah berjaya dijalankan kerana pada
masa yang sama pihak Pusat Alumni juga mengambil inisiatif ini untuk
mengumpul data graduan 2018 untuk dimasukkan dalam sistem
maklumat Alumni (AIMS).
12 Lawatan Penanda Aras ke UMT dan UniSZA
>>hlmn 6 >>hlmn 4 Objektif program lawatan ini adalah supaya Pusat Alumni UPSI dapat
berkongsi pengalaman dan kaedah pengurusan daripada Pusat Alumni
itu sendiri
15 Perkongsian Ilmu bersama TYT Pulau Pinang
Pada majlis ini juga berlangsung penyerahan sumbangan oleh Yg Bhg
Dr. Sany Araby yang simboliknya disampaikan kepada TYT Pulau Pinang
sambil disaksikan oleh TNC HEPA.
>>hlmn 7