Page 4 - BUKU LAPORAN TAHUNAN SAHABAT PUSAT ISLAM KALI KEEMPAT(AGM)
P. 4
“DEVELOPING MUKMIN ENGINEERS” PERSIDANGAN AGUNG SPI KE-4
PENGESAHAN PERSIDANGAN AGUNG SAHABAT
PUSAT ISLAM KALI KETIGA
TARIKH : 14 DISEMBER 2019
TEMPAT : BILIK SEMINAR TUANKU TENGKU FAUZIAH PFi2
PENGERUSI TETAP : MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD SYUKOR
MAJLIS PERASMIAN
Mesyuarat agung tahunan kali ke-3 Sahabat Pusat Islam telah dirasmikan oleh Ustaz Azizul
bin Mokhtar. Majlis juga dihadiri oleh Saudara Mohamad Hanafi bin Yahcob, merupakan
Mantan Pengerusi Sahabat Pusat Islam sesi 2017/2018 dan wakil kepada Pengarah Pusat Islam.
PERJALANAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2018
1. Pengerusi Tetap Majlis Mengambil Alih
Saudara Muhammad Syafiq bin Mohd Syukor selaku pengerusi tetap majlis Mesyuarat
Agung Tahunan 2019 Sahabat Pusat Islam Universiti Malaysia Perlis mengambil tempat
dan mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran semua ahli. Pengerusi memaklumkan
seramai 100 orang ahli hadir sebagai orang pertama yang mendaftar sebagai ahli persatuan
Sahabat Pusat Islam. Pengerusi juga memaklumkan agenda utama mesyuarat pada tahun
tersebut adalah untuk melantik majlis eksekutif Sahabat Pusat Islam bagi sesi 2019/2020.
2. Pengumuman senarai nama Majlis Eksekutif
Pengerusi tetap mengumumkan senarai majlis eksekutif Sahabat Pusat Islam bagi Sesi
2019/2020. Berikut adalah ahli yang telah disenarai pilih.
i. Saudara Muhammad Muqri Muazam bin Zainal
ii. Saudara Ahmad Firdaus bin Rosman
4