Page 4 - C:\Users\user\AppData\Local\Temp\mso609.tmp
P. 4
7,17$ .$7$ 3(1*(78$
60. 7$1-21* %81*$
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera. Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah swt. Hari Anu-
gerah Karnival Kokurikulum SMK Tanjong Bunga tahun 2019 dapat kita
adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh gemilang dan bermakna
buat kita semua.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Pengelola Karnival
Kokurikulum ini kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh
gemilang. Anugerah Karnival Kokurikulum ini diadakan khusus untuk
meraikan dan memberi pengiktirafan kepada putera-putera dan
puteri-puteri SMK Tanjong Bunga atas jasa dan khidmat bakti di sekolah
ini. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada mereka untuk mencapai
kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi. Malah diharapkan majlis
ini mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh
bermakna dalam lipatan sejarah para pelajar.
Kepada para pelajar, di harap sentuhan majlis ini dapat membuat-
kan anakanda putera dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan
yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMK Tanjong Bunga.
Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus
mendidik dan memberikan tunjuk ajar.
Sebenarnya hari anugerah ini hanyalah titik permulaan jalan
kehidupan yang bakal diterokai. Di hadapan para pelajar nanti, terbentang
pelbagai ranjau, duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam
kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu
diperkukuh bagi membolehkan para pelajar meneruskan perjalanan dengan
penuh yakin dan tabah. Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahte
raan anda semua.
Akhir kata, saya berharap para pelajar akan terus mengorak
langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan semoga pelajar akan terus
mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang diceburi.
Sekian, terima kasih.
Faridah Bt Hussain
Pengetua
SMK Tanjong Bunga
4