Page 7 - E-MAJALAH GROUP3 (PALESTINE)
P. 7

PALESTIN E SELEPAS PERAN G


                 Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel

                 menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Bukit

                 Golan, Syria dan Semenanjung Sinai dalam satu
                 operasi ketenteraan (tetapi Sinai diserahkan semula

                 kepada Mesir). Sehingga kini, Israel menjajah

                 kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak

                 petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan
                 tersebut.




                 Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat,

                 Ketua PLO, mengisytiharkan penubuhan Negara
                 Palestin. Setahun setelah penandatanganan Perjanjian

                 Oslo pada tahun 1993, Lembaga Nasional Palestin

                 dibentuk untuk memerintah (dalam berbagai tahap)
                 kawasan A dan B di Tebing Barat, yang terdiri dari 165

                 "pulau", dan Jalur Gaza. Setelah Hamas menjadi parti

                 utama parlimen PNA dalam pilihan raya terbaru

                 (2006), tercetus konflik antara parti itu dan parti
                 Fatah, yang menyebabkan Gaza diambil alih oleh

                 Hamas pada tahun 2007 (dua tahun setelah pelepasan

                 Israel).



                 Negara Palestin telah diiktiraf oleh 138 daripada 193
                 anggota PBB dan sejak tahun 2012 mempunyai

                 status sebagai negara pemerhati bukan anggota di

                 PBB. Palestin adalah ahli Liga Arab, Pertubuhan

                 Kerjasama Islam, G77, Jawatankuasa Olimpik
                 Antarabangsa, dan badan-badan antarabangsa yang

                 lain.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10