Page 33 - Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UM 2024
P. 33

Home of Bright, Land of the Brave
                                    Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani




            bersama yang akan terus mekar dalam dinamika kelangsungannya yang
            kebal dimamah usia.

            Justeru, Universiti Malaya perlu dan mesti memimpin laluan baharu untuk
            negara.

            Cabaran baharu akan turut mempertaruhkan keteguhan dan kelestarian
            institusi dalaman dan nukleus dinamika pembangunan ekonomi negara
            di medan ujian yang tertinggi.

            Peranan Universiti Malaya dalam membentuk acuan baharu ini menjadi
            sandaran kepentingan negara.

            Lembaran wadah politik baharu negara perlu menyaksikan tahap
            profesionalisme serta perubahan futuristik dalam meletakkan masyarakat
            dan negara sebagai tunjang utama dan perencanaan perjalanan politik
            perlu merentasi spektrum konvensional di mana aspek taksub-kepartian
            dan pemecah serta penghalang kepada perpaduan dan kesejagatan
            keharmonian tidak lagi dijadikan sebagai bekalan kepentingan            ...Universiti Malaya
            politik, sebaliknya terus berganding bahu dalam memikul semangat        perlu dan mesti
            tanggungjawab dan patriotisme dalam mengangkat negara ke persada        memimpin laluan
            yang diimpikan.                                                         baharu untuk negara.

            Dalam memecah kepompong dan ikatan politik sempit dan kuno, sandaran
            perlu diperkukuh ke atas transformasi penghayatan dan penerapan
            prinsip, pegangan dan nilai universal yang menjunjung keluhuran dan
            kemurnian pembinaan tata negara dan  kapasiti penjenamaan politik
            berasaskan etika dan moral.







































                                                                                   33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38