Page 3 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 3
Konsep buku laporan tahunan UM tahun 2023 terinspirasi daripada Pohon Semambu (Azadirachta indica) yang
bukan sahaja mempunyai akar tunjang terkuat didunia malah memiliki seribu satu khasiat.
Rajah ini diukir agar menyerupai pohon semambu dan akar tunjangnya pula seakan glob dunia. Ini
menggambarkan keseluruhan ekosistem Universiti Malaya yang menjadi tunggak dalam mengekalkan serta
mengukuhkan kecemerlangan UM selama lebih 1 abad.
Akar tunjang pohon adalah simbolik kepada tadbir urus yang kukuh dan usaha dalam memupuk pendidikan RASIONAL KULIT BUKU
berterusan. Akar tersebut menjadi teras kepada batang pohon untuk terus memacu tinggi melalui penyelidikan
dan inovasi.
Dahan yang bercambah subur digambarkan sebagai jaringan dan kolaborasi warga UM yang berkemahiran
tinggi. Ranting-ranting yang tumbuh dengan banyak menunjukkan dedikasi warga UM dalam pembangunan
masyarakat dan kesejahteraan komuniti.
Manakala daun pohon semambu menggambarkan setiap pencapaian dan komitmen UM yang memberi
impak kepada kelestarian komuniti dan global.
“KUAT BERDIRI POHON
KERANA AKARNYA, KUAT
AKAR KERANA TANAH”
Pepatah ini menggambarkan
kekuatan UM sebagai institusi
Pendidikan dan Penyelidikan
yang cemerlang didokong melalui
permuafakatan Urus Tadbir serta
Jaringan Kolaborasi yang teguh
dan akhirnya dapat menyumbang
kepada Pembangunan Komuniti.