Page 1 - puncapencemaran
P. 1

Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah
               menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan,
               pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan spesies.

               Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban hari kita
               menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi sedemikian
               berlaku?

               Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini. Malah,
               saban tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan. Namun
               demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya, kita masih
               lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang sampah merata-rata tanpa sedikit
               pun rasa bersalah. Ini jelas memberi cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap
               kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang rendah.
























               Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawa
               kepada  masalah  pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah
               sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab.

               Hal  ini  jelas  kerana  tiada  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka untuk
               menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya
   1   2   3   4   5