Page 3 - pencemaran
P. 3
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis
iaitu :
1. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku
dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda
ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .
2. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh
manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:
Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan,
jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah
dan sebagainya .
Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan
sisa-sisa pepejal