Page 1 - Kesanpencemaran
P. 1
Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-
tumbuhan di dunia ini.
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
(Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan
bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami
kerosakan dengan adanya gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada
penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan –
haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka
.
Maka,haiwan-haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan.
Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan
menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas.
Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini
telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-
kuda,singa dan sebagainya.