Page 3 - Kesanpencemaran
P. 3
asid-asid tersebut.
Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal
ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas
dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang
dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam
udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan
juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa
manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan
kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.