Page 130 - KPKM
P. 130

129  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23



          BAHAGIAN PEMODENAN

          PERTANIAN (BPP)




          OBJEKTIF BAHAGIAN

              a.  Melaksanakan hala tuju pemodenan sektor agromakanan ke arah menjayakan matlamat DAN
                  2.0 dan lain-lain dasar yang berkaitan; dan
              b.   Meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor agromakanan melalui peningkatan
                  penerimagunaan teknologi.

          FUNGSI BAHAGIAN

              a.  Merangka, memantau dan menilai dasar, program dan projek pemodenan pertanian;
              b.  Merangka hala tuju teknologi pertanian yang mampan dan berdaya saing;
              c.  Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program inovasi pertanian ke
                  arah menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam sektor agromakanan;
              d.  Merancang dan mengurus Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan sejajar
                  dengan hala tuju pemodenan negara;
              e.  Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan Projek Pertanian Moden (PPM) di
                  Kluang;
              f.  Menyelaras dan memantau aktiviti penyelidikan dan pembangunan pemodenan
                  pertanian dalam sektor agromakanan; dan
              g.  Menjalankan kolaborasi dengan Kementerian/Agensi berkaitan ke arah pemodenan
                  sektor agromakanan.

         KAJIAN PEMODENAN PERTANIAN – PATHWAY TOWARDS MODERNISING MALAYSIAN AGROFOOD
         SYSTEM THROUGH DIGITAL TRANSFORMATION DENGAN KERJASAMA WORLD BANK GROUP (WBG)

         Bahagian Pemodenan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (BPP KPKM) dengan
         kerjasama The World Bank Group (WBG) telah menjalankan Kajian Pemodenan Pertanian – Pathway
         Towards Modernising Malaysian Agrofood System Through Digital Transformation yang bertujuan untuk
         menilai status semasa ekosistem pemodenan dan pendigitalan dalam sektor agromakanan di Malaysia.
         Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah Program Kerjasama Teknikal Bank Dunia dengan Kerajaan
         Malaysia di bawah Framework Agreement for Reimbursable Advisory Services (FA RAS).

         Sepanjang pelaksanaan kajian ini, beberapa sesi libat urus di antara pihak WBG bersama Bahagian,
         Jabatan dan Agensi KPKM telah diadakan bagi mendapatkan input dan gambaran keseluruhan terhadap
         program dan inisiatif yang telah dijalankan bagi mendokong agenda pemodenan dan pertanian pintar
         selaras dengan Teras  1, Dasar Agromakanan Negara, 2021 – 2030 (DAN 2.0). WBG seterusnya telah
         menghasilkan laporan dan pengesyoran kepada KPKM bagi meningkatkan adaptasi pendigitalan dalam
         sektor ini sebagai rujukan kepada Bahagian, Jabatan dan Agensi KPKM.
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135