Page 8 - isu perkauman di Malaysia kpi 2020
P. 8

ISU-ISU HAL PERKAUMAN DALAM POLITIK



                                                                               •    Perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik
                                                                                    mengikut etnik contohnya, UMNO, MCA dan MIC, akhbar dan rancangan

                                                                                    televisyen berlainan bahasa mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut
                                                                                    kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak

                                                                                    untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat juga politik bukan berasaskan
                                                                                    perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang kaum, mereka lebih
                                                                                    cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan

                                                                                    nilai, budaya dan idea yang berbeza di antara kelompok masyarakat.                            Punca
                                                                                    yang menyebabkan berlakunya isu perkauman dalam politik antara sebab

                                                                                    utama adalah ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan
                                                                                    kuasa. Jika kita lihat keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh
                                                                                    orang cina manakala politik banyak didominasikan oleh orang melayu. Hal ini

                                                                                    disebabkan pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat
                                                                                    dipisahkan dari sudut ekonomi dan penempatan mengikut kaum-kaum masing.

                                                                                    Sebagai contoh, orang cina bekerja sebagai peniaga dan tinggal di Bandar,
                                                                                    manakala orang melayu tinggal di kawasan perkampungan dan melakukan
                                                                                    aktiviti pertanian dan orang India pula ditempatkan di kawasan ladang bagi

                                                                                    menguruskan kelapa sawit dan getah. Selepas kemerdekaan, disebabkan orang
                                                                                    cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman dalam perniagaan,

                                                                                    mereka terus memonopolikan ekonomi di Malaysia sehingga sekarang.
                                                                                    Pengasingan ini wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar
                                                                                    yang terbentuk semenjak zaman penjajahan.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13