Page 120 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 120
110 | Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
© Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
ISBN 978-967-####-##-#
zakat itu dapat ditunaikan. Di sinilah wanita-wanita yang bekerja
memainkan peranan untuk turut sama menyumbang meningkatkan
kutipan zakat dengan melaksanakan perintah Allah. Ini kerana daripada
pendapatan yang diperoleh juga boleh menyumbang kepada
zakat. Oleh kerana zakat pendapatan merupakan zakat yang
diwajibkan, maka menjadi tanggungjawab wanita-wanita yang bekerja
untuk menunaikannya.
Di samping itu, sudah tentu kebanyakan wanita-wanita yang bekerja
akan mencarum di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Maka, telah seperti yang telah diketahui sekiranya wang caruman
tersebut dikeluarkan, hendaklah dizakatkan sebanyak 2.5 peratus.
Sumbangan wanita dalam kedua-dua zakat ini amat bermakna sekali
kerana daripada wang zakat itulah nasib asnaf-asnaf dapat dibela.
Selain itu juga, wanita hari ini semakin bijak untuk mengumpul harta.
Apatah lagi kebanyakannya masing-masing berkerjaya yang
mengizinkan mereka untuk mengembangkan harta. Maka mereka telah
mempelbagaikan sumber harta tidak kira sama ada menyimpan emas,
wang simpanan, membuat pelaburan dan sebagainya.
Jika dilihat dari segi syarak, wanita diizinkan untuk melaburkan
hartanya mengikut apa-apa cara yang difikirkan baik. Mereka bebas dan
tidak terikat dengan sesiapa untuk mentadbir harta miliknya. Dengan
kata lain, tiada sesiapa yang boleh menghalangnya untuk melabur dan
mengembangkan harta peribadinya.
Penulisan pendek ini adalah bagi membentangkan sumbangan
golongan wanita sebagai pembayar zakat khususnya di Wilayah
Persekutuan.
107