Page 19 - Superheroes Zakat
P. 19
SUPERHEROESZAKAT
Himpunan Pengalaman Sebenar Pembayar Zakat
4 } AIR MATA TAUBAT
Mohd. lzuddin bin Sith
Hari itu sama seperti hari-hari yang lain, aku bertugas di kaunter Pusat
Pungutan Zakat - MAIWP Cawangan Masjid Negara. Argh ... Bulan Disember
datang lagi. Bulan di mana kunjungan pembayar zakat lebih ramai daripada
hari-hari yang biasa, lebih ramai daripada bulan-bulan yang lain.
Letihnya badan dan minda, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pembayar
zakat datang silih berganti duduk di hadapanku usai aku menekan nombor
giliran.
Pada suatu hari, seorang wanita yang sudah berusia duduk di hadapanku.
Aku menyapa beliau dengan salam dan senyuman.
Beliau memulakan butir bicara dalam nada suaranya yang lirih sambil
disuguhkan ke hadapanku sebuah buku akaun bank yang berwarna biru.
"Ustaz, tolong kirakan berapa zakat simpanan yang saya kena bayar. Saya
nak bayar zakat tahun-tahun sebelum ni. Masa zaman saya jahil."
Aku membalas ringkas, "Baik puan, saya cuba kirakan."
Aku sebenarnya seorang yang ramah dan sangat pandai berbual,
tapi untuk situasi di bulan Disember, dengan kehadiran pembayar zakat
yang melebihi daripada kebiasaan, eloklah disimpan sahaja skil dan jurus
bersembang itu di dalam laci dahulu. Hahaha ... takut dijeling tajam oleh
pembayar zakat yang masih duduk menunggu giliran untuk dipanggil. Apatah
lagi sekiranya dicebik bibir dan ada pula sahabat-sahabat pegawai zakat
yang lain menarik muka masam, tentu sahaja itu tidak manis. Sementelah
)10