Page 2 - Monograf Talk on Zakat
P. 2
T A L K O N Z A K A T A N D W A Q F :
T H E E G Y P T I A N E X P E R I E N C E
Selaras dengan dengan hasrat
menambah khazanah ilmu berkenaan
hukum zakat dan wakaf serta
meningkatkan efisiensi pengurusan
dan pentadbiran zakat dan wakaf di
Malaysia, Sheikh Dr. Ali Jum'ah
dibawakan khas dalam seminar
anjuran INCEIF University,
International Shari’ah Research
Academy for Islamic Finance (ISRA),
Association of Shariah Advisors in
Islamic Finance (ASAS), International
Council of Islamic Finance Educators
(ICIFE) dan Akademi Zakat (AZKA-
PPZ) pada 22 Mei 2023 bagi
menyempurnakan seminar Zakat and
Waqf: The Egyptian Experience yang
diadakan secara hibrid kepada
peserta dalam kalangan orang awam
di Malaysia.
Berlatar belakangkan sudut
pandangan dan pengalaman sebagai
mufti Mesir selama sepuluh (10) tahun
dari tahun 2003-2013, Sheikh Dr. Ali
Jum'ah antara ulama Islam
bermazhab Syafie yang pakar dalam
bidang Syariah dan Usul Fiqh hingga
dikenali di peringkat antarabangsa.
Pemikiran beliau didasari oleh isu dan
persoalan yang berlegar dalam
pentadbiran kerajaan sehinggalah
kepada orang awam kebanyakan.
Ilmu yang disampaikan menyeluruh
dan diterima oleh masyakarat sebagai
panduan. Justeru, amatlah signifikan
perbahasan beliau dalam bab
pengamalan zakat dan wakaf di Mesir.
@reallygreatsite