Page 280 - Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
P. 280
© DIMENSI BAHARU ZAKAT DI MALAYSIA
ISBN 978-967-2959-04-5
melalui enam buah Pusat Rawatan Haemodalisis Zakat (PHZ) dan
juga Klinik Bergerak Zakat (KBZ) (Zakat Pulau Pinang, 2020).
Program sosial tersebut memberi kesan positif kepada ekonomi
politik ZPP dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap
ketelusan tadbir urus kutipan dan agihan zakat di Pulau Pinang
(Mohamad Salleh Abdullah, temu bual bersemuka, 21 Jun 2016).
Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab mentadbir urus
kutipan dan agihan zakat di Pulau Pinang, institusi ini juga
berperanan dalam membangunkan ekonomi, pendidikan, kebajikan
dan sosial masyarakat. Bagi merealisasikan peranan tersebut, ZPP
mempelbagaikan kaedah pengagihan dan bantuan zakat di Pulau
Pinang. Selain daripada bantuan sara diri kepada golongan asnaf,
ZPP juga memperkenalkan skim bantuan yang bersifat produktif
seperti bantuan modal dan peralatan atau mesin, melaksanakan
program-program pembangunan ekonomi dan keusahawanan,
pendidikan, kemahiran, peluang pekerjaan dan pembangunan
kesihatan. Secara ekonomi politiknya, bantuan-bantuan hands-on
yang diberikan berasaskan modal dan peralatan ini memberi kesan
kepada muzakki untuk terus meyakini ZPP dan memperbanyakkan
sumbangan zakat. Untuk itu, circle (pusingan) kewangan zakat dari
sudut kutipan dan agihan dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun
seperti data yang diberikan dalam Jadual 1.
Seterusnya, dalam penulisan ini dirumuskan ekonomi politik
ZPP dalam tadbir urus ekonomi, politik, kemahiran, pendidikan dan
kebajikan asnaf di Pulau Pinang seperti dalam Rajah 1. Terdapat
empat langkah yang dilaksanakan oleh ZPP iaitu program
pembangunan ekonomi dan keusahawanan, pembangunan
pendidikan, peluang pekerjaan dan pembangunan kesihatan. Empat
langkah ini dihuraikan seperti di bawah.
a) Program pembangunan ekonomi dan keusahawanan
Program pembangunan ekonomi dan keusahawanan merupakan
salah satu skim bantuan produktif yang diperkenalkan oleh ZPP bagi
meningkatkan ekonomi asnaf di Pulau Pinang. Antara program
pembangunan ekonomi dan keusahawanan yang dilaksanakan oleh
ZPP ialah bantuan modal dan peralatan atau mesin dan Program
272
273