Page 2 - Peranan Zakat Dalam Menangani Kesenjangan Ekonomi Satu Analisa Kontemporari
P. 2
PENDAHULUAN
Zakat merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi Islam
yang juga merupakan salah satu rukun Islam yang wajib
dilaksanakan oleh umat Islam. Sistem ekonomi Islam dapat
ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip umum yang telah diambil
dari al-Quran dan al-Sunnah bagi membina pembangunan
ekonomi. Antara prinsip umum ekonomi yang telah
diperkenalkan ialah hak seseorang untuk memiliki. Zakat pula
merujuk kepada perpindahan harta yang merupakan milik
seseorang kepada individu lain untuk dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin. Ia termaktub mengikut jenis Zakat yang wajib
dikeluarkan, kadar Zakat yang dikeluarkan dan golongan yang
berhak menerima Zakat.
Tidak diragui bahawa Zakat merupakan sebahagian daripada
elemen ekonomi Islam dalam membantu menangani jurang
kemiskinan negara dan kemaslahatan sosial masyarakat.
Kemampanan ekonomi sesuatu negara itu turut memberi
kesan langsung kepada Zakat yang mana apabila ekonomi
negara meningkat, maka Zakat juga akan meningkat.
Demikian juga sebaliknya. Ia berkadar langusung seperti graf
lurus.
Zakat boleh dianggap sebagai kayu pengukur kesejahteraan
sesebuah negara. Peningkatan Zakat saban tahun
“Zakat terbukti merupakan melambangkan ekonomi yang sihat sesebuah negara. Ini tidak
langusng menunjukkan pestasi Zakat dan kestabilan ekonomi
satu institusi asas ekonomi saling berhubungan secara timbal balik.
dan khairat yang sentiasa
releven. Dalam tamadun Menyedari pentingnya institusi Zakat dalam pembangunan
ekonomi dan masyarakat, Akademi Zakat (AZKA) Pusat
islam perlaksanaan sistem Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) menganjurkan program AZKA
Zakat terbukti Talk yang menampilkan cendiakawan Dato’ Seri Anuar Ibrahim
menghasilkan keadilan membincangkan topik yang bertajuk Peranan Zakat Dalam
Menangani Kesenjangan Ekonomi Satu Analisa Kontemporari.
sosial dan masyarakat
penyayang” Dato’ Seri Anuar Ibrahim dalam pembentangannya menyentuk
tiga aspek iaitu prinsip keimanan manusia, sejarah dan
keadaan semasa Zakat.
PRINSIP KEIMANAN MANUSIA
Ujarnya, perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran manusia apabila
menyebut Zakat adalah kemiskinan. Zakat merupakan satu instrumen atau
wasilah dalam membasmi kemiskinan. Ujarnya lagi, Zakat itu bukan sahaja asas “Yang menyebabkan
ekonomi malahan ia merupakan asas kepada Islam. Ia tertera apabila perkara kita tewas ialah
asas dalam pembentukan Islam yang sempurna adalah bermula dari iman. Iman
yang menuntut manusia agar beriman kepada Allah SWT dan ia secara langsung kerana permisif di
akan dikaitkan dengan ibadah solat dan Zakat. Sekiranya prinsip keimanan ini dalam etika dan
menjadi rutin amalan manusia maka tidak akan ada lagi ketakutan dan moral. Ini
kerisauan selain kepada Allah SWT. Namun begitu, terdapat jurang yang besar
diantara prinsip dan amalan di kalangan umat Islam. melahirkan budaya
masyarakat yang
Jelasnya proses pembangunan ekonomi itu tidak lengkap dengan hanya permisif atau
pengiraan kebendaan, ketumbuhan perkapita tanpa prinsip penyempurnaan
akhlak yang terangkum didalamnya soal prinsip keadilan. Etika yang tidak dititik mengalah”,
beratkan di peringkat perlaksanaan menjadi punca kemusnahan sistem dan katanya.
melahirkan akhlak yang kian permisif di kalangan manusia.
Mengulas petikan bekas Perdana Menteri Indonesia Bapak Mohammad Natsir
(1908 hingga 1993),
2 AZKA TALK SIRI 2 azka.zakat.com.my OKTOBER 2019