Page 6 - Bicara Minda Shariah
P. 6
Ada yang mengatakan ayat ini
berkenaan keharusan hutang,
keharusan mengambil saksi lelaki dan
perempuan dan lain-lain. Sekiranya kita
membaca secara kognitif, ia bukan
merupakan keharusan hutang atau
saksi namun ayat ini mengatakan
bahawa hutang adalah satu amalam
masyarakat yang akan sentiasa ada di
dalam masyarakat sampai bila-bila.
Jelasnya lagi, jika diteliti ayat ini ia
menerangkan berkenaan kualiti untuk
kita mendokumen kan hutang itu.
Hutang itu perlu direkod dan
didokumentasi. Al-Quran
menceritakan prosedur yang perlu kita
ikuti dan menjadikan hutang itu
sebagai fenomena masyarakat yang
dapat dikawal selia dengan baik.
Dengan adanya rekod hutang, polisi
kewangan dapat dibangunkan, malah
inflasi, insurans dan segala bentuk
struktur kewangan dapat diasaskan
kepada satu sahaja iaitu data.
4 AZKA T ALK SIRI 1 azka.zakat.com.my APRIL 2020
MEI
2019
AZKA TALK SIRI 4 azka.zakat.com.my