Page 44 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 44
vi. Warna
Warna ialah elemen penting dalam setiap rekaan. Warna membentuk identiti rekaan. Penggunaan
warna dalam seni tidak terbatas kepada pantulan atau pembiasan cahaya. Warna digunakan
untuk reka bentuk menjadi lebih menarik.
Terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertier. Kebiasaannya,
kombinasi warna yang digunakan adalah kontras atau berbeza antara satu sama lain untuk
menjadikan rekaan lebih menarik.
Subelemen yang dimasukkan dalam warna ialah nilai yang menentukan perbezaan antara
kecerahan dan kegelapan tona.
Roda Warna
(a) Warna primer atau warna asas
yang juga dikenali sebagai
warna utama tidak boleh
dihasilkan dengan campuran
warna-warna lain.
Warna Primer
Kuning
Biru
Merah
(b) Warna sekunder dihasilkan dengan campuran dua warna asas. ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA
Hijau
Warna Sekunder Jingga
Biru + Kuning
Kuning + Merah
Ungu
Merah + Biru
35
2.1
2.1.2