Page 57 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 57

Lukisan Perspektif


                 Lukisan Perspektif Satu Titik, Perspektif Dua Titik dan Perspektif Tiga Titik
             SUBTOPIK  dalam Lukisan Reka Bentuk


                 Lukisan perspektif berfungsi untuk menggambarkan sesuatu objek atau ruang daripada
                 pandangan yang dilihat dari arah mata. Lukisan perspektif memperjelaskan pandangan objek
                 dalam bentuk tiga dimensi kerana saiz, jarak dan warna objek akan berubah apabila dilihat dari
                 jarak jauh. Dalam atau cetek sesuatu ruang juga boleh diwujudkan melalui lukisan perspektif.
                 Terdapat tiga cara lukisan perspektif iaitu:
                    (a)  Perspektif satu titik lenyap
                    (b)  Perspektif dua titik lenyap
                    (c)  Perspektif tiga titik lenyap
                    Berikut ialah elemen/komponen yang terlibat dalam lukisan perspektif:

                 1   Titik Stesen      Kedudukan mata pelukis apabila melihat sesuatu objek.


                 2   Titik Lenyap       Titik yang mewakili objek pada jarak yang jauh.


                 3   Satah Gambar      Satah khayalan lut sinar yang terletak di antara objek dan titik stesen.

                                       Garis khayalan mendatar yang selari dengan satah gambar. Garis ini
                 4   Garisan Ufuk
                                       terletak pada aras mata pelukis.
           ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA
                 5   Garisan Bumi      Garisan yang mewakili pandangan satah bumi.

                     Garisan
                 6                     Garisan unjuran dari titik stesen ke titik tertentu pada objek.
                     Penglihatan
                 7   Objek             Sesuatu benda yang dilihat oleh pelukis.




                          Garisan                                   Garisan Ufuk   Satah Gambar (SG)
                      Penglihatan(GP)          Satah Gambar            (GU)
                                                   (SG)
                                                              Objek


                      Titik Stesen (TS)





                        Garisan Bumi
                            (GB)              a    b    c   d     e
                                                                                Titik Lenyap (TL)

                                                    Lukisan Perspektif
            48
                                                                                                   2.4
                                                                                                  2.4.1
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62