Page 75 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 75
LATIHAN
1. Apakah kepentingan pemilihan reka bentuk produk? Jelaskan.
2. Apakah faktor-faktor pemilihan reka bentuk produk?
3. Padankan faktor pemilihan reka bentuk dengan kriteria yang betul.
Faktor Kriteria
Mudah dihasilkan mengikut fungsi, rupa bentuk, bahan-bahan atau
Fungsi
kos yang menjimatkan.
Rupa bentuk Hiasan terakhir permukaan yang bersesuaian, kemas dan menarik.
Harga yang berpatutan dan berkualiti, mendapat permintaan dan
Bahan menjadi pilihan pengguna, menjimatkan dan ekonomi, mampu dibeli
dan sesuai untuk pengeluaran besar-besaran (mass production).
Teknik Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah
pembuatan dikendalikan dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir.
Ergonomik Kos pembuatan dan penyelenggaraan yang menjimatkan dan efektif.
FAKTOR PEMILIHAN REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA
Reka bentuk dan bahan yang kekal tidak berubah, tidak ketinggalan
Kos
zaman dan sesuai dengan peredaran zaman.
Menjamin keselamatan, tidak mendatangkan kecederaan,
stabil, tidak mudah terbalik. Reka bentuk tidak membahayakan
Nilai estetik
pengguna seperti tidak mempunyai bucu yang tajam dan mata
pemotong terlindung.
Mesra Mampu menyelesaikan masalah, berkecekapan tinggi dan berfungsi
pengguna secara manual, semi automatik atau automatik.
Reka bentuk terkini, menepati cita rasa pasaran semasa, menarik
Keselamatan perhatian dan mempengaruhi pengguna, mempunyai pelbagai
pilihan warna dan bentuk.
Bahan mudah diperoleh, mudah dibentuk, mudah dikendalikan,
Nilai komersial tidak mudah reput, tidak mudah pecah dan mempunyai
ketahanan fizikal.
Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi
Kemasan
dengan manusia.
Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang
Kelestarian
bersesuaian dengan fungsi dan pengguna sasaran.
4. Terangkan kepentingan analisis reka bentuk dalam proses mereka cipta.
66