Page 8 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 8

PENDAHULUAN
                  Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Cipta ialah satu Mata Pelajaran Elektif
                  Ikhtisas  (MPEI)  dalam  bidang  teknologi  untuk  Tingkatan  4  dan  5.  Seiring  dengan  matlamat
                  ke arah negara maju dan perkembangan teknologi dalam industri, pembangunan kurikulum
                  MPEI berasaskan kompetensi merupakan satu inisiatif dalam usaha menyediakan modal insan
                  menyeluruh dan seimbang, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran
                  insaniah, mengamalkan budaya profesional bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
                       Bagi merealisasikan matlamat kurikulum di atas, buku teks  Reka Cipta Tingkatan 4 ini
                  dihasilkan agar murid dapat menguasai semua kemahiran dan pengetahuan yang dikehendaki
                  dalam  Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Buku teks ini mengandungi
                  lapan bab. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan
                  berorientasikan amalan perusahaan. Amalan perusahaan akan membantu murid memupuk budaya
                  keusahawanan dalam diri murid seawal peringkat sekolah untuk menjadi insan yang profesional.
                       Guru boleh memanfaatkan buku teks ini sebagai buku rujukan pengajaran dan pembelajaran
                  kerana buku teks ini turut menyediakan nota guru yang mengandungi panduan pelaksanaan aktiviti
                  serta maklumat tambahan bagi sesuatu topik yang diajarkan. Guru juga boleh menggunakan atau
                  mengubah suai latihan yang telah disediakan untuk menguji pemahaman murid.
                       Buku teks ini lebih menarik dan mesra murid dengan penampilan grafik dan ikon-ikon seperti
                  yang berikut:


                                                    Penerangan Ikon


                                      Ikon Topik
                                                       Ikon yang merujuk kepada tajuk bab dan unit
                                                       yang disesuaikan dengan kehendak standard

                                SUBTOPIK  Ikon            kandungan.
                                        Subtopik



                                          Ikon            Ikon yang merujuk kepada Dokumen Standard
                                         DSKP          Kurikulum dan Pentaksiran.

                                                       Ikon yang merujuk kepada panduan pelaksanaan
                                          Ikon            pengajaran dan pembelajaran serta informasi
                                       Nota Guru       tambahan bagi membantu guru memahami
                                                       sesuatu konsep yang dibincangkan.



                                       Ikon Info       Ikon yang merujuk kepada informasi tambahan
                         info
                                                       tentang sesuatu topik.



                                      Ikon Aktiviti    Ikon yang merujuk kepada aktiviti pengukuhan
                                                       yang dapat mengukur pencapaian murid.

                                                                                                            v
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13