Page 99 - BUKU TEKS REKACIPTA TINGKATAN 4 KSSM
P. 99
Asas Kajian dalam Reka Cipta Produk
Sebelum menghasilkan sesuatu reka ciptaan baharu, kajian perlu
dibuat ke atas produk sedia ada yang terdapat di pasaran. Kajian
perlu dilakukan untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan
produk sedia ada, fungsi operasinya, reka bentuk dan lain-lain
aspek yang berkaitan bagi membantu pereka cipta menghasilkan
reka ciptaan yang baharu.
Melalui kajian yang dijalankan, kelemahan dan kekurangan
yang terdapat pada produk sedia ada boleh diperbaiki dan
diaplikasikan kepada reka ciptaan yang baharu. Maklumat
berkaitan produk sedia ada boleh diperoleh melalui sumber
seperti media elektronik dan media cetak. Media elektronik
yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah
televisyen, radio dan komputer. Proses mencari maklumat
menggunakan komputer menjadi lebih mudah dengan adanya
capaian Internet.
Media cetak pula terdapat dalam pelbagai bentuk
antaranya majalah, katalog, akhbar harian, buku teks dan
lain-lain lagi. Maklumat yang terdapat di dalam media cetak
selalunya sangat terhad namun demikian ia merupakan
sumber yang mudah diperoleh.
Langkah-langkah Kerja Kajian Produk
PENYELIDIKAN DAN KAJIAN PRODUK
Langkah-langkah Kajian Produk
Mengenal pasti bahan rujukan atau produk
sedia ada sebagai bahan kajian produk dengan
menggunakan kaedah kajian yang sesuai.
Menganalisis kekuatan dan kelemahan fungsi dan
rupa bentuk/kaedah/prinsip/teori untuk setiap
bahan rujukan atau produk sedia ada yang dipilih.
Mempersembahkan hasil analisis dalam
bentuk jadual.
90
5.1