Page 136 - Manual_Penguursan2018
P. 136
555 124
5.21 JAWATANKUASA INTEGRITI TADBIR URUS (JITU)
䨀愀眀愀琀愀渀欀甀愀猀愀
䬀氀甀猀琀攀爀 㐀 1. Perundangan:
Mengenal pasti, mengkaji serta memperaku pindaan kepada mana
- mana undang-undang dan peraturan jabatan yang dapat mengatasi
kelemahan pengurusan, mempertingkatkan kawalan terhadap
perlakuan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan terutama-
nya dalam pengurusan kewangan.
2. Sistem dan Prosedur Kerja:
Mengenal pasti, mengkaji serta memperakukan kepada pihak berkuasa
berkenaan apa-apa perubahan dalam sistem dan prosedur kerja
jabatan bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan, ketelusan serta
akauntabiliti dalam perkhidmatan di samping pencegahan rasuah,
salah guna kuasa dan penyelewengan terutamanya dalam pengurusan
kewangan.
BIDANG TUGAS
3. Nilai-nilai Murni dan Etika:
Melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan serta penghayatan
nilai-nilai murni dan etika bagi memperkukuh tahap integriti
pegawai dan staf di jabatan berkenaan atas keyakinan bahawa
pengaruh etika yang disepadukan dengan pengaruh undang-undang
akan lebih berjaya dan berkesan dalam usaha mengekang hawa nafsu
daripada melakukan segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan.
4. Kod Etika:
Menggubal atau memperkemas Kod Etika Kerja Jabatan sebagai
panduan kepada warga jabatan.
倀 䔀 一 䜀 唀 刀 唀 匀 䄀 一 5. Tindakan Pengesanan dan Punitif:
Mengambil tindakan atau memperakukan kepada pihak berkuasa
tatatertib untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai dan
䐀 䄀 一 staf yang didapati telah melanggar mana-mana peraturan di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
atau peraturan-peraturan lain dan kod etika jabatan berkenaan dan
倀 䔀 一 吀䄀 䐀 䈀 䤀 刀 䄀 一 memberi kerjasama atau melapor kepada SPRM sebarang perlakuan
rasuah dan salah guna kuasa oleh mana-mana pegawai jabatan.