Page 13 - AMALI 3 AFI ASRAF
P. 13

AMALI 3                                                                            SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN

                       DO (Dissolved Oxygen  /  Oxygen  Demand) adalah  kandungan  oksigen  yang  terlarut  di
               dalam air sungai sebagai parameter untuk mengukur kualiti air itu sendiri. Jika nilai DO pada air

               sungai semakin tinggi maka kualitinya akan semakin baik. Ianya berbeza dengan BOD (Biological
               Oxygen  Demand) iaitu  jumlah  oksigen  terlarut  yang  diperlukan  oleh  mikroorganisma  untuk
               mengurai bahan organik di dalam air. Jika nilai BOD air sungai semakin tinggi maka semakin

               rendah  kualiti  airnya.  DO  dan  BOD  saling  berkaitan  kerana  apabila  nilai  BOD  tinggi  ia  akan
               menurunkan nilai DO kerana terdapat banyak kandungan mikroorganisma di dalam air sungai.


                                   Level   Nilai BOD (mg/L)            Kualitas Air


                                   Hijau          1 – 2                Sangat Baik

                                  Kuning          3 – 5                    Baik


                                  Jingga          6 – 9            Mengandung Polusi


                                  Merah          > 100         Sangat Buruk dan Tercemar




                       COD (Chemical Oxygen Demand) pula merupakan jumlah oksigen yang diperlukan untuk

               mengoksidakan bahan organic di dalam air sungai. Untuk nilai COD juga ianya akan terbalik
               dengan  OD.  Jika  nilai  COD  air  sungai  semakin  tinggi  maka  semakin  rendah  kualiti  airnya.
               Dapatan nilai BO, BOD dan COD yang terdapat pada suatu air akan mempengaruhi kualiti air

               tersebut untuk kita tentukan baik atau tidak air yang akan kita gunakan.

                       Dalam  eksperimen  ini,  penilaian  tahap  pencemaran  pencemaran  sampel  air  juga

               dilakukan  berdasarkan  parameter  kimia  iaitu  ujian  Oksigen  Terlarut  (DO)  dan  Permintaan
               Oksigen  Biokimia  (BOD)  dengan  menggunaan  larutan  metilena  biru  0.1%.  Metilena  biru
               merupakan salah satu indikator yang boleh digunakan untuk mengesan atau menguji kehadiran

               jumlah oksigen di dalam sampel air. Larutan metilena biru  ini akan kekal biru apabila oksigen
               hadir dalam sampel air dan ianya akan dilunturkan sekiranya tiada oksigen di dalam sampel air
               tersebut. Larutan yang mengandungi metilena biru sebagai penunjuk akan bertukar menjadi biru

               sekiranya ia penuh dengan kandungan oksigen terlarut (Chem, t.t).

                       Bahan  kimia  yang  mengoksida  seperti  oksigen  dan  klorin  akan  mengambil  elektron

               daripada atom kepada sebatian yang lain (C G Joseph, L Elilarasi, 2017). Sebatian kimia yang
               mempunyai daya tarikan yang kuat dapat menarik elektron dengan senaang dapat dikelaskan
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17