Page 37 - SLDN_INDUSTR
P. 37
Perantis bertanggungjawab dalam memastikan keadaan
sesebuah bot itu dalam keadaan baik
Dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam
bidang marin, Encik Ruzaidi Bin Ramli merupakan pemilik
perniagaan North Mel Marine Sdn. Bhd. Syarikat ini telah
menjalankan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang Penyelenggaraan Enjin Motobot selama 5
tahun dan berjaya mempersijilkan lebih daripada 50 orang
perantis SLDN. Sehingga kini, kesemua mereka telah
berjaya mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini.
1
North Mel Marine Sdn. Bhd. memilih untuk melaksanakan
SLDN kerana program ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia 1 Coach SLDN sedang memberi tunjuk ajar tentang
dan memudahkan perantis beliau dalam memperoleh gaji pengendalian bot kepada perantis
yang setimpal apabila mereka tamat menjalani latihan. Disamping itu SLDN amat menekan kepada latihan amali
di mana hal ini amat sesuai bagi sesiapa yang mahu memahirkan diri dalam industri marin dan perkapalan.
Beliau berharap SLDN dapat diteruskan dan diperluaskan lagi agar lebih ramai tenaga mahir dapat dilahirkan
seterusnya dapat memajukan lagi industri yang terdapat di negara kita ini.
Selain dari kemahiran teknikal, keupayaan untuk bekerjasama secara berkumpulan
juga merupakan salah satu elemen penting untuk berjaya dalam bidang ini. Hal ini
adalah perkara yang saya terapkan kepada setiap perantis untuk membantu mereka
berjaya dengan cemerlang. Saya berharap mana-mana kursus SLDN terutama sekali
dalam bidang penyelenggaraan bot dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi
sehingga perantis berupaya menjadi tenaga mahir setanding negara maju yang lain.
Sila
MOHD AFIQ BIN AHMAD imbas
COACH SLDN untuk
video
35