Page 43 - SLDN_INDUSTR
P. 43
1
1 & 2 Perantis berpeluang untuk menjalani latihan perantisan di hotel 2
bertaraf 5 bintang, Pulse Grande Hotel, Putrajaya terutamanya
bagi bidang Operasi Makanan dan Minuman di Palm Hill Cafe
Pulse Grande Hotel, yang dahulu dikenali sebagai
Shangri-La Hotel Putrajaya, mula melaksanakan SLDN
pada 2015. Syarikat ini mula bekerjasama dengan Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak sebagai satu
platform untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir di
samping mengetengahkan industri perhotelan ini.
Impak daripada pelaksanaan SLDN dapat dilihat apabila
kemahiran dan prestasi kerja perantis ini semakin baik
dan secara tidak langsung meningkatkan imej Pulse
Grande Hotel. Syarikat kini mempunyai ramai tenaga
kerja berkemahiran tinggi sekaligus meninggalkan kesan
positif kepada pengunjung dan tetamu. 3
Encik Wan Mohd Hadafy Bin Wan Mohd Khair menyatakan
sehingga kini hotel ini telah melaksanakan program Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Operasi
Servis Makanan dan Minuman. Perancangan Pulse
Grande Hotel pada masa hadapan adalah untuk melatih
lebih ramai lagi belia dan beliawanis yang berminat dalam
industri hospitaliti ini yang sememangnya memerlukan
ramai pekerja mahir. Hal ini juga sejajar dengan dasar
kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir
tempatan dalam sektor pelancongan.
4
3 & 4 Coach SLDN memberi tunjuk ajar berkaitan teknik
penetapan in-room dining
Sepanjang saya menjadi Coach SLDN, kebanyakan perantis telah memberi kerjasama
yang baik dalam program SLDN ini. Mereka tahu akan kebaikan program di mana
ia dapat meningkatkan kemahiran seterusnya membuka peluang lebih besar untuk
membangunkan ekonomi diri, syarikat dan juga Negara.
Sila
MOHAMAD SOBRI imbas
untuk
COACH SLDN video
41