Page 49 - SLDN_INDUSTR
P. 49

Watson’s Personal Care Stores Sdn. Bhd. sentiasa
            menitikberatkan pembangunan modal insan. Justeru,
            pihak syarikat sentiasa mencari jalan untuk melatih
            dan memberi peluang kepada semua kakitangan
            untuk menimba ilmu dengan cara lebih bersistematik
            melalui kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
            dalam bidang Operasi Peruncitan.

            Matlamat Watson’s Personal Care Stores Sdn. Bhd.
            adalah untuk memberikan latihan yang komprehensif
            kepada semua kakitangan agar dapat meningkatkan
            kemahiran dalam bidang ini. Menurut Encik Ahmad
            Shahbudin Bin Ahmad Taupik, peningkatan kualiti
            kerja dapat dilihat setelah kakitangan mengikuti
            SLDN. Ia memenuhi piawaian syarikat dan industri
            di Negara ini.

            Selain daripada menitikberatkan aspek latihan
            kemahiran, program ini juga memberi pemahaman
            kepada matlamat syarikat agar semua perantis
            dapat menghayatinya secara terperinci terutama
            sekali dalam situasi bekerja ketika berurusan dengan
            pelanggan.

            Watson’s Personal Care Stores Sdn. Bhd. juga telah
            menyediakan pelan pembelajaran komprehensif
            untuk tempoh 5 tahun dengan sasaran pengambilan
            100 orang perantis pada masa akan datang.

                                                                                                       47
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54