Page 34 - POTRET KEJAYAAN ebook
P. 34

Luncheon Talk PENGENALAN & KONSEP



                  RINGKASAN EKSEKUTIF

               Program Luncheon Talk Pembangunan Sumber Manusia Mahir Tahun 2011 dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
               dalam memulakan kerjasama pintar antara agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam mengenalpasti dan memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Program
               ini telah dilaksanakan dengan kerjasama lain-lain agensi kerajaan persekutuan dan negeri bagi mempertemukan pegawai-pegawai kanan kerajaan dengan
               pengurusan tertinggi syarikat Government Linked Company (GLC) dan Multinational Companies (MNC) dalam pelbagai sektor industri untuk mencapai objektif
               berkaitan pembangunan  modal  insan  negara, khususnya pekerja  berkemahiran tinggi.  Ia  selaras dengan  Economic Transformation  Programme  (ETP) yang
               dilaksanakan Kerajaan melalui 131 Entry Point Projects (EPP) yang memerlukan 3.3 juta pekerja mahir menjelang 2020. Pekerja mahir tersebut perlu dikenalpasti
               dan dilatih untuk setiap sektor industri di setiap negeri.
               Sebagai langkah permulaan, program Luncheon Talk ini telah diadakan di sembilan (9) buah negeri bermula dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis,
               Kedah, Perak, Melaka, Selangor, Sabah, Sarawak dan Pahang di mana ianya telah berjaya menarik minat penyertaan seramai 182 pegawai daripada pelbagai
               agensi kerajaan serta 321 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan wakil syarikat GLC/MNC daripada 275 buah syarikat dalam pelbagai industri. Perasmian telah
               dilakukan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan.
               Dalam program ini, permasalahan industri yang melibatkan 20 sektor pekerjaan telah dibincangkan, khususnya mengenai isu-isu berkaitan perkembangan
               perindustrian, keperluan tenaga mahir, peningkatan teknologi dan kompetensi pekerjaan sedia ada dan akan datang. Para peserta telah dipecahkan dalam
               kumpulan mengikut sektor industri untuk membincangkan enam (6) outcomes utama yang telah digariskan iaitu bidang pekerjaan, jumlah pekerja, tahap
               kompetensi & kemajuan kerjaya, sasaran kerjasama, faedah pengiktirafan & persijilan serta perancangan modal insan.
               Rumusan daripada outcomes tersebut, pihak kerajaan perlu mengenalpasti setiap kehendak dan keperluan industri dari segi jumlah pekerja, kompetensi pekerjaan,
               teknologi terkini dan teknologi akan datang dengan mewujudkan satu platform kerjasama pintar antara kerajaan dan industri. Manakala pihak industri juga perlu
               menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana penyedia latihan JPK (kerajaan atau swasta) dalam merekabentuk satu pakej pembelajaran atau latihan
               kemahiran berasaskan National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir yang dihadapi negara pada masa kini.
               Beberapa cadangan program Pembangunan Sumber Manusia Mahir seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
               dan Daftar Pakar Industri Negara (DPIN) perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah kekurangan pekerja mahir tersebut dan ketidaksepadanan latihan
               kemahiran dengan keperluan teknologi di industri.



                  KONSEP PELAKSANAAN
               Program Luncheon Talk Pembangunan Sumber Manusia Mahir Tahun 2011 telah dianjurkan di sembilan (9) buah negeri bermula dari Wilayah Persekutuan
               Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Selangor, Sabah, Sarawak dan Pahang di mana ianya telah mendapat kerjasama padu daripada pelbagai agensi
               kerajaan persekutuan dan negeri.

               Program ini telah membincangkan permasalahan industri yang melibatkan 20 sektor pekerjaan terpilih di antara pihak kerajaan dan swasta. Ianya berjaya
               menarik minat penyertaan seramai 182 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta 321 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan wakil
               syarikat GLC dan MNC daripada 275 buah syarikat dalam pelbagai industri.
               Luncheon Talk diadakan dengan berorientasikan konsep perbincangan meja bulat di antara pihak kerajaan dan wakil industri bagi membincangkan isu-isu
               berkaitan perkembangan perindustrian, keperluan tenaga mahir, peningkatan teknologi dan kompetensi pekerjaan sedia ada dan akan datang yang diperlukan
               dalam industri berkaitan.

               Perbincangan dijalankan dengan diketuai oleh seorang moderator dan dibantu oleh co-moderator yang dilantik dari kalangan pengarah agensi kerajaan
               persekutuan dan negeri termasuk pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran. Manakala ahli kumpulan pula dibahagikan mengikut sektor industri yang diwakili.

               Borang Maklumbalas Outcomes diedarkan kepada ahli kumpulan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat dan rumusan hasil perbincangan. Terdapat enam
               (6) outcomes utama telah digariskan dalam perbincangan kumpulan iaitu:

                   a)   Bidang Pekerjaan: Kenalpasti bidang pekerjaan utama mengikut negeri berasaskan 12 bidang National Key Economic Area (NKEA)
                   b)   Jumlah Pekerja: Kenalpasti keperluan dan pembangunan tenaga kerja mahir ke arah negara berpendapatan tinggi
                   c)   Tahap kompetensi & kemajuan kerjaya: Kenalpasti bidang kemahiran dan applikasi perkembangan teknologi bagi peningkatan kompetensi dan
                       kerjaya.
                   d)   Sasaran Kerjasama: Pemacu kepada jalinan kerjasama antara syarikat-syarikat dan syarikat-agensi kerajaan
                   e)   Faedah Pengiktirafan dan Persijilan: Kenalpasti pendekatan untuk memberi pengiktirafan dan persijilan pekerja mahir syarikat sedia ada dan syarikat
                       pelaburan baru
                   f)   Perancangan Modal Insan: Kenalpasti projek dan bidang yang berpotensi untuk dibangunkan atau dikembangkan.
               Perbincangan ini telah berjaya mendapatkan maklumbalas dan maklumat berguna yang berkisar tentang enam (6) outcomes yang ditetapkan. Ianya amat
               penting sebagai asas penyelesaian kepada permasalahan industri dalam penetapan halatuju berkaitan pembangunan sumber
               manusia mahir di Malaysia.


                POTRET KEJAYAAN
        22 SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL



        22
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39